Permulaan
Rasanya kelahiran blog dalam bahasa melayu ini hanya menunggu masa bagiku. Pernah sekali aku terbaca sebuah blog yg dilakarkan dalam bahasa Melayu. Isinya biasa saja tetapi oleh kerana ianya dicatatkan di dalam bahasa Melayu, aku amat tertarik sekali. Maklumlah, bahasa Melayu ini jikalau digunakan dalam penulisan memanglah indah sekali. Sayang sekali aku sudah terlupa nama website yang pernah aku kunjungi itu. Jika tidak sudah tentu aku akan menyarankan penulisnya untuk menyertai pertandingan blog yang sedang berlangsung bagi menyambut Bulan Bahasa 2006.
Sudah tentu, faktor yang menyemarakkan lagi niatku ini adalah hasil blog dari teman akrabku sendiri yang sudah pun memulakan blog barunya di sini.
Baiklah, aku sendiri tak pasti berapa lama blog ini akan bertapak. Sedangkan blogku yang satu lagi saja kadangkala terbengkalai disebabkan aku sering kehausan idea. Eh, nanti! Sebenarnya bukan lah terlalu sangat kering idea tetapi aku malas nak post entry. Haha!
Sampai di sini saja untuk lakaranku yang pertama. Sehingga nanti!

3 Komen:
Syabas! Syabas! Di mana ada kemahuan, di situ pasti ada jalan! Insya Allah!
Hidup bahasa Melayu Rahayu! (Eh, Rhyme! Pergi periksa kamus, apa rhyme dalam bahasa Melayu...heh)
Dan terima kasih kerana memudahkan yang lain bertandang ke lelaman baruku! Yeah!
Memudahkan? Tak ada sesiapa yang bertandang ke sini jadi bagaimana pula orang lain akan dapat tahu tentang blog awak melalui saya? : )
Tak ada perkataan melayu yang boleh menerjemahkan perkataan 'rhyme' itu rasa-rasanya. Paling tepat yang dapat saya fikirkan ialah 'sama bunyi dengan'. Mungkin?
saya telah periksa terjemahan inggeris-malayu online. hasilnya : rhyme = rima. :O
Post a Comment
<< Kembali ke Halaman