bahasa dalam blog

rangkaian peristiwa dalam catatan

Friday, December 22, 2006

mentera untuk shikin

yang ini untuk rakan aku nun jauh di london. faham-faham lah beliau tak pernah dengar lagu ini walaupun lagunya sudah pun berada di udara sejak paling kurang, 8 tahun yang lalu. :p

sayang tak ada video musik originalnya dia youtube. yang itu lagi power videonya! tak pe lah yang ini pun jadi. bak sepatah kata kawan aku "tak ada rotan, pelempang berguna juga!" ;)



hey kersani mengalirlah dikau
menjadi raksa mengisi belikat punggungku
agar aku bisa berdiri tegap dan segak
bagaikan laksmana melayu

hey sepuluh helai daun sirih
ku gentas bersama bunga cengkih
jadilah dikau
darah merah pekat mengisi
uratku agar bisa ku berlangkah
gagah dan tampan bagaikan oooh
si jantan yang berkokok

di mana bumi ku pijak
di situ langit ku junjung
alang-alang menyeluk pekasam
biar sampai ke pangkal lengan o oohh

aku seru mentera pusaka ku
mentera semerah padi
mentera semerah padi
mentera semerah padi

Monday, December 18, 2006

amboi! cantiknya bahasa!

alkisah, kakak admin tunggu penghantaran dari sebuah penghantar yang biasa diterima. memang setiap hari lah penghantaran ini berlaku, kecuali hari minggu saja kerana hari libur.

nak dijadikan cerita, kenderaan penghantaran ni rosak di jalanan.

kakak admin terima panggilan dari syarikat penghantaran.

syarikat penghantaran (sp) : kak, hari ni lewat sikit ya? kalau lepas pukul 6 boleh tak?

kakak admin (ka) : tak boleh, dik. kalau 5:30 boleh.

sp : ok.


hatta, pukul 5:40 barulah penghantaran tiba. kalau dah macam gitu, lebih baik tadinya si kakak admin cakap, pukul 6 petang boleh saja.

kakak admin (ka) : eh, dik! tadi kakak cakap dengan admin syarikat adik. mesti tiba di sini pukul 5:30.

adik penghantar (ap) : takda. tak cakap pun. *sambil tunduk - tak pandang muka pun*

ka : betul? diorang tak telefon? tadi si cik kak tu kata dia dah bagitau ketua awak tau!

ap : tak da. *masih tunduk*

part ni buat darah menyirap.

ap : kalau kakak suruh saya datang pukul 5:30 pun saya tak boleh. ni tengah kelam kabut nak ke tempat lain.

*pang* penampar hinggap kat muka ap. ka puas hati sambil berlalu teruskan kerja ...

eh .. silap baris yang di atas tu cuma khayalan kakak admin saja.



kesian. terima kasih.

Saturday, December 02, 2006

tak sedap hati

aku tak perlu letak post yang ceria saja kan? sebab ada kalanya aku ada rasa sedih dan kecewa juga. ya lah, aku ni manusia.

kau perasan tak macam mana sesuatu yang mulanya untuk kebaikan tu dengan mudah boleh jadi sesuatu yang sebaliknya. macam mana nak cakap eh? gini lah, kalau kau ada niat nak pegi menziarah misalnya. permulaan yang baik kan tu? tapi kerana komunikasi yang tak jelas, kau pun jadi marah-marah. kesudahannya macam mana? daripada perkara baik, jadi buruk pulak.

ada banyak lagi situasi yang lebih kurang sama, aku percaya.

jadi macam gini, pada aku mudah saja. kita balik pada asalnya. niat kita yang mula tu. kalau kita ingat pada niat baik kita, insyaAllah, perkara remeh senang nak diatasi.

maklumlah, kita kalau nak buat perkara baik ni memang syaitan siap nak serbu. cuba kalau buat perkara jahat, happy je memanjang kan? tak ingat dunia. bila masa taubat tu (itu pun kalau sempat), barulah nampak sangat buat perkara bodoh.

aku cakap je. cuba kalau aku pun terkena dengan komunikasi tak jelas. dibuatnya aku terkejar-kejar tapi tak jadi. hah! boleh naik hantu juga tu!

tulah, aku buat posting ni memang untuk mengingatkan diri aku sendiri pun...

Friday, November 03, 2006

raya lagi

aah. posting yang lepas tu baru gazette je. ni ada beberapa lagi gambar aku nak kasi kau orang tengok. :)


yang ini gambar famili aku dengan mak, adik beradik, anak-anak saudara dan seorang cucu saudara aku. tak semua ada. kurang satu keluarga lagi...




yang ni pulak foto famili keluarga suami aku. pun kurang satu famili juga. famili kakak dia. budak2 kat depan tu tak tau diam masa petik gambar. 1, 2, 3 .. bukan, bukan senyum tapi LOMPAT! haha. banyak bezanya dari gambar yang di atas, kan?

ada lagi, belum habis. gambar-gambar berikut diambil ketika berada di rumah nyai suamiku iaitu ibu kepada bapanya.

sepupu, dua pupu dan 2 orang paman


para bapa saudara dan sepupu


para ibu saudara, sepupu dan anak saudara (bukan kesemuanya)

dah itu saja yang boleh aku muatkan kali ini. semua kalian telah pun terhibur. :) sekaligus, dah pun aku perkenalkan seluruh kaum keluargaku.

Thursday, November 02, 2006

maaf zahir batin

aku sebok beraya sewaktu hari raya pertama, kedua dan ketiga. lepas tu aku sebok bekerja pula.

memang belum habis pun aku berkunjung ke rumah yang tua. petang nanti baru boleh sambung.

aah .. korang nak tau kan, baju yang aku bikin bersungguh-sungguh tak tau sempat siap ke tidak tu, apa kesudahannya? siap daaah. cantik pun. tak bedek ah. tak percaya? tengok lah sendiri.


selamat hari raya dari familiku untuk semua.

Friday, October 13, 2006

malam seribu bulan

fuuuuuuuuuuhhhhhhhh!! sebulan aku tak tulis kat sini. dah basi dah blog aku ni. dah meninggalkan bau mulut yang tidak enak sekali. tapi tu mungkin kerana aku puasa.

diam tak diam dah tinggal 10 malam terakhir dalam bulan barakah. cepat sungguh.

tapi baju yang aku sedang jahit tak siap siap lagi. abih apa aku buat kat sini?

aku memang macam ni. kalau aku stress, bukan aku pegi bikin kerja. malah aku cari perkara lain untuk mengalihkan tumpuan aku. hehe.

baju raya baju raya juga. tapi kalau terlepas lailatulqadar, rugi besar lah aku. lailatulqadar bukan boleh rewind, kalau terlepas bas dah tak boleh gostan balik.

baju raya ni kalau tak siap gak, nanti aku pegi interchange lama tu. kat situ aku nampak ada baju cantik, siap untuk satu keluarga. tapi laki aku dah bagi amaran, dia tak nak aku buang duit beli baju. alahaai.. macam mana ni?

Wednesday, September 13, 2006

si gadis 18

*tiup habuk*

*ehem* *ehem* ..

dah lama benar lah kiranya aku tak bersuara di sini. blog ni pun dah naik serak. :p

hujung minggu lepas aku habiskan hari cuti anak-anak dengan melancong ke sunway. setiap hari cuti, aku dirimaskan dengan pertanyaan, "hari ni boleh pergi berenang, ma?" naik lenguh aku buat alasan. ya lah, hari libur aku dan suami belum lagi terko-ordinasi. lagipun, kami memang ambil masa kerja waktu itu kerana nak bercuti ni lah.

jadi bila akhirnya papa mereka khabarkan mereka tentang kami hendak berpergian, teruja mereka tidak terhingganya.

siap mereka beritahukan padaku, "ma! kita nak pergi malaysia! dua malam tak balik!" haha. sepertinya aku ini orang terakhir yang terima khabar.

namun, salah satu acara kemuncak lawatan kami ke sunway ialah bertemu sua dengan kakak ezie! hehe. kakak ezie ni bukan lah kakak aku. ia adalah nama timangan untuk anak buahku dari anak anak aku.

anak kakakku ini baru 2 bulan berada di bandar peranginan itu. nampaknya dia dah pun serasi berada di sana. anak-anak aku suka berada di samping kakak ezie mereka. nak merajuk pun ditahan-tahan. zidny ada juga tunjuk ketidakpuasannya ketika disuruh makan, tapi dapat dikawallah. :)

ezie ini anak saudara aku yang sangat aku sayang. maklumlah, sewaktu bayinya, dia tinggal bersama kami. tak lama, tetapi oleh kerana, dia anak buahku yang kedua (yang pertama ketika itu dah bukan bayi lagi!), dia seperti penyeri rumah kami.

segala kerenahnya aku ingat sehingga kini. mentelah lagi, dia bukanlah bayi yang rewel. senang sungguh menjaganya. dia tahu bawa dirinya sendiri. kami tidak pernah perlu memarahinya. aneh sungguh ketika kami makan malam kelmarin, dia pula yang melayan anak-anakku. macam aku melayan dia sewaktu dia kecil dulu.

sekarang dia sudah pun menjadi seorang gadis. punyai fikiran yang matang dan bersikap wajar. ketika melihat kelibatnya meninggalkan kami pada malam sabtu itu, terlintas di fikiranku, betapa jauh sudah jurang di antara kami.

semoga anda menjadi orang yang berguna kepada masyarakat dan berjasa terhadap ibu bapa.