bahasa dalam blog

rangkaian peristiwa dalam catatan

Wednesday, July 05, 2006

Pulang ke asal

Kebanyakan orang berpendapat anak-anak kecil mereka tidak fasih berbahasa Melayu. Tapi bila aku dengarkan perbicaraan mereka yang sepatutnya lebih selesa berbahasa Inggeris, hmm... aku tidak berasa kagum. Sebabnya, anak-anak ini tidak pula berbahasa Inggeris dengan baik.

Semasa di sekolah rendah dahulu, guruku pernah berkata, jikalau berbicara dalam bahasa Inggeris, bicaralah dengan betul. Begitu pula jika bertutur di dalam bahasa Melayu. Bertuturlah dengan bahasa Melayu yang baik. Jangan sekali-kali campur-adukkan kedua-dua bahasa ini dalam pertuturan kita. Dengan cara inilah kita dapat menguasai kedua-dua bahasa dengan baik.
Aku setuju dengan pendapat ini. Namun apabila tiba waktu untuk mempraktikkannya dengan anak-anakku, ia adalah suatu perkara yang agak sukar dilakukan. Aku terpaksa sering hati-hati dan memastikan secara sedar supaya aku tidak terlepas kata di depan mereka. Aku mengaku, memang aku sendiri sering berbahasa Singlish bila berbicara dengan rakan-rakan. Walau bagaimanapun, demi untuk menerapkan sesuatu yang begitu asas bagi anak-anakku, terpaksalah aku awasi perbicaraanku.

Paling tidak, biasanya aku akan ulangi perintahku kepada mereka dengan terjemahannya sekali. Nampaknya memang mereka lebih banyak berbahasa Inggeris. Ini tidak hairan kerana di sekolah di mana banyak masa mereka dihabiskan dan juga di mana mereka sering mendengarkan kata-kata guru, bahasa Inggerislah yang lebih berkuasa.

Di rumah pula, mereka memang sering berbual di dalam bahasa Inggeris denganku. Aku saja yang kadangkala berbicara di dalam bahasa Melayu walaupun sedikit di dalam keadaan yang telah aku nyatakan sebentar tadi. Mujurlah, ada ibuku di rumah. Dengan beliaulah, anak-anakku berbicara bahasa Melayu.

Aku senang dengan aturan yang tidak secara langsung memberikan kelebihan kepada anak-anakku ini. Aku harapkan semoga dengan apa yang mereka hadapi ini akan dapat menolong mereka menguasai kedua-dua bahasa agar mereka tidak lupa akan asal-usul mereka, insya Allah.

6 Komen:

Pada 06 July, 2006 19:46, Blogger melayudilondon kata...

wahhh!! ini sudah lebih dari canggih!! dgn sidebar sekali kamu terjemah. boleh copy tak?

 
Pada 06 July, 2006 20:13, Blogger yuRa kata...

silalah meniru. heheh.. :)

 
Pada 07 July, 2006 10:12, Blogger Nani kata...

Aku nak copy! Ingatkan apa benda si debar (ingatkan bedebah..) rupanya side-bar...hah hah hah

 
Pada 07 July, 2006 13:27, Blogger yuRa kata...

hahahah .. si debar!

silalah silalah bersila. copylah tapi tak ada kopi nak hidang. hahah

 
Pada 07 July, 2006 17:00, Blogger melayudilondon kata...

si debar!! ni lawak baru.. kahakahahaha

 
Pada 07 July, 2006 19:44, Blogger yuRa kata...

bukan lawak lah, shikin. itu debaran jantung si nani nak berkenalan dengan kawan baru dia si debar. muahahahha

 

Post a Comment

<< Kembali ke Halaman