7 istimewa
Di dalam majlis perkahwinan seorang teman akrabku, aku telah bertemu dengan seorang rakannya. Kami belum pernah berkenalan sebelum itu tetapi si pengantin memang banyak bercerita tentang rakan-rakannya kepadaku dan rakan-rakan sekumpulan kami. Jadi setelah memperkenalkan diri masing-masing aku terus rancak berbual seakan-akan sudah kenal lama dengan S.
Entah apa yang kami bualkan tetapi aku pasti kami telah menyentuh tentang hal perkahwinan. Haha. Baru aku perasan. Tidak hairanlah kami bualkan topik itu memandangkan memang kami sedang berada di sebuah majlis pernikahan!
S memberitahu bahawa dia sudah lama berkahwin. Kemudian dia menyentuh tentang tahun perkahwinan yang ketujuhnya. Dia katakan bahawa sebelum tiba ulangtahun perkahwinannya yang ke-7 itu, ibu mertuanya, seorang pakar psikologi telah berpesan padanya agar berwaspada pada ulangtahun perkahwinan yang ke-7nya. Dia percaya benar akan adanya fenomena '7 tahun yang menggoda' atau dikenali dengan 'The Seven-Year Itch'.
S mendedahkan bahawa memang pun di dalam tahun ketujuh perkahwinannya, dia seakan merasa rumahtangganya tidak utuh lagi. Namun, alhamdulillah, perasaan itu tidak berlarutan dan dia hidup bahagia dengan pasangannya sehingga kini.
Pada dasar teorinya, fenomena ini bermakna sesuatu krisis yang besar akan melanda rumahtangga. Ianya adalah tahun di mana, pasangan suami isteri itu akan merasa bosan dengan pasangan masing-masing dan inginkan sesuatu yang baru. Tidak semestinya pasangan itu mahukan pasangan yang baru, tetapi keinginan akan perubahan mungkin akan menjejas unit keluarga itu.
Aku tidaklah terlalu memikirkan erti kata frasa 'The Seven Year Itch' itu. Tapi memang frasa itu seakan-akan ada tersimpan di dalam benakku. Maklumlah, sebut saja kekata itu, pasti terbayang poster terkenal Marilyn Monroe dengan skirtnya yang berkibar ke atas sementara beliau berdiri di atas pembukaan bawah tanah! :)
Tahun ini adalah tahun perkahwinanku yang ketujuh. Ya, tahun keramat itu sendiri! Tidak dinafikan, fikiranku seperti telah terpukau dengan frasa ini. Namun aku telah lama mengingatkan diriku bahawa masalah akan timbul bila-bila masa saja. Tak payah menunggu tujuh tahun! ;p
Walaubagaimanapun untuk menolak ketepi fenomena ini adalah sesuatu yang agak naif, pada fikiranku. Dalam artikel ini) , ada menyebut tentang median jangka hayat sesebuah perkahwinan sebagai 7.2. Benar, statistik itu mungkin hanya sah bagi penduduk Amerika saja. Bagi penduduk Asia yang sememangnya lebih konservatif dan memandang keji kepada penceraian (walaupun sukar untuk katakan sedemikian di zaman ini), mungkin menarik jika kajian dilakukan keatas kebahagiaan rumahtangga di dalam hayat perkahwinan mereka.
Membaca artikel ini pula, membuatkan aku sedar bahawa ianya adalah sesuatu yang benar-benar berlaku. Si penulis memberikan gambaran tentang perkahwinannya sendiri yang dilanda masalah dalam tahun ke tujuhnya. Pembukaan artikelnya di mana beliau menyatakan sel manusia bertindak untuk memperbaharui dengan sendirinya pada tiap-tiap 7 tahun sangat menarik perhatianku.
Kenapa pula tahun ketujuh sel berganti? Pelik, memang pelik. Tiba-tiba aku terfikir tentang keistimewaan angka ini. Aku yakin ada sesuatu rahsia yang tersirat di dalam nombor tujuh.
Raja Mesir pada zaman Nabi Yusuf a.s. telah bermimpi dengan angka 7 yg mimpinya telah ditafsirkan Nabi Yusuf a.s. sebagai 7 tahun subur yang digantikan pula dengan 7 tahun musim kemarau. Orang Islam percaya akan adanya tujuh petala langit. Yang paling sering disebut-sebut adalah 7 ayat yang diulang-ulang iaitu basmalah. Subhanallah!
Oh! Nampaknya dengan post ini aku telah berusaha untuk meyakinkan diriku sendiri supaya berwaspada dalam menjaga rumahtanggaku terutamanya tahun ini. Aku tawakkal. Semoga Allah melindungi rumahtanggaku yang aku sayangi. Amiin.

6 Komen:
Hari ini 7/7. tahus lepas bom meletup kat London. ni saya nak pos kat blog lah ni.
ya. saya dah baca. haru sekali.
dan saya juga ingat hari itu. saya ingat saya begitu tertanya-tanya tentang keselamatan awak. e-mail saya yang berhari-hari lamanya akhirnya terjawab juga. awak tidak dapat bayangkan betapa leganya saya terima e-mail dari awak beberapa hari selepas pengeboman itu. syukur awak selamat.
7/7 adalah ulangtahun perkahwinan ibu-bapa saya. Tahun ini yang ke 38, Alhamdulillah.
Insya Allah, rumahtangga awak akan terus bahagia dan kekal hingga ke syurga, Ayu.
Kadang-kadang, bila dah marah sangat, dan sedang hangat bertengkar, tak kira dah kahwin 7 tahun ke, 8 tahun ke, 9 tahun ke, 14 tahun ke..boleh retak rumahtangga, kalau tak banyak sabar....(Saya sebenarnya mengingatkan diri sendiri, sebab kalau dah marah...buruk teruk).
Marilah kita sama-sama sabar dan sentiasa berbahagia. Amin. Yeah!
Amiin. :)
Selamat untuk ibu-bapa awak.
Nak selit sedikit pada Paragrafi 11- eh cam pornografi pulak..? mintak mahap eh.
Nombor jersi David Beckham pun nombor Tujuh.
Ah, saya sokong amalia. kalau tak memang tak jodoh, 7 tahun ke, 7 bulan ke, 7 abad ke, masih tak jodoh jugak.
Post a Comment
<< Kembali ke Halaman