malam seribu bulan
fuuuuuuuuuuhhhhhhhh!! sebulan aku tak tulis kat sini. dah basi dah blog aku ni. dah meninggalkan bau mulut yang tidak enak sekali. tapi tu mungkin kerana aku puasa.
diam tak diam dah tinggal 10 malam terakhir dalam bulan barakah. cepat sungguh.
tapi baju yang aku sedang jahit tak siap siap lagi. abih apa aku buat kat sini?
aku memang macam ni. kalau aku stress, bukan aku pegi bikin kerja. malah aku cari perkara lain untuk mengalihkan tumpuan aku. hehe.
baju raya baju raya juga. tapi kalau terlepas lailatulqadar, rugi besar lah aku. lailatulqadar bukan boleh rewind, kalau terlepas bas dah tak boleh gostan balik.
baju raya ni kalau tak siap gak, nanti aku pegi interchange lama tu. kat situ aku nampak ada baju cantik, siap untuk satu keluarga. tapi laki aku dah bagi amaran, dia tak nak aku buang duit beli baju. alahaai.. macam mana ni?

5 Komen:
Memang...kalau dah terlepas bas, alamat, rugilah...
Aku ada terbaca sajak pasal Ramadhan....judulnya, Andainya ini Ramadhan kita yang terakhir...sungguh sayu...
Ah cik yura, boleh beritahu suami tak yang baju kat interchange tu advance tahun depan? hehehehehe
hahah .. melayudilondon, awak jangan macam2. awak ingat tak laku ye jahitan baju saya? hahaha
lagipun kalau nak diharapkan yang kat interchange tu, tak terbeli lah alamatnye. sebab, cik abang saya tu tak minat nak beli baju lah.
ah, cik amalia. awak letak lah puisi tu di blog awak. saya nak baca juga.
yura yura yura...
Kami sekeluarga akan berada di kota singa dari raya ketiga sampailah hari Sabtu. Bila boleh ketemu?
Sebelum terlupa, selamat menyambut eid 1427H, semoga membawa keberkatan buat anda dan org2 tersayang :)
sampai hari sabtu???
alahai . kalau saya nampak komen anda siang tadi, boleh saya jemput anda ke rumah...
esok dan sabtu saya kerja!
mar, call me! 96169595
Post a Comment
<< Kembali ke Halaman