sayang .. sayang, sayang sayang? sayang sayang sayang!
Siapa dia? Doktor? Lawyer? Majistret?
Dengan sebiji ferrari merah, barulah kau nampak gah. Buktikan dulu si dia ada hasil, baru cintaku gerenti beres. Adat lelaki - mereka pergi mencari lain. hahahha.
Seperti sediakan alasan kepada mereka-mereka yang memang mata duitan kan, lagu ini?
Aku tertarik dengan iramanya yang berbaur dangdut. Dalam klip video ini pula, watak lelaki dan perempuan diterbalikkan. Daripada menunjukkan wanita yang berperanan memilih seperti yang dibayangkan dalam lirik lagu, si teruna pula yang ditampilkan sebagai terlalu memilih pasangan.
Tapi aku percaya bahawa lirik lagu ini sebenarnya menggambarkan kedua-dua iaitu kaum lelaki dan wanita yang bersikap sedemikian. Suka ambil kesempatan untuk hanya menumpang senang. Memang tak salah kita memilih pasangan yang mantap keadaan ekonominya supaya masadepan kita boleh terjamin keselesaannya. Tetapi janganlah kekayaan itu dijadikan keutamaan ke tahap mengejarkan kebendaan.
Harta merupakan sesuatu yang sementara. Bayangkan sekiranya harta itu terhakis, adakah rumahtangga kita juga akan goyah?
Sabda Rasulullah s.a.w:
Bermaksud:
"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana kecantikannya kerana boleh jadi kecantikan itu akan membinasakannya, dan janganlah kamu mengahwini mereka kerana kekayaannya, kerana mungkin kekayaan itu merosakkannya, tetapi kahwinilah mereka atas dasar agamanya. Sekalipun hamba perempuan yang hodoh tetapi baik agamanya adalah lebih utama". (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Nabi Muhammad s.a.w melalui sabdanya :“ Dikahwini wanita itu atas empat perkara : harta, keturunan, rupa dan agama. Kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan". (mafhum hadis)
Wallahu a'lam

13 Komen:
Betul. Harta memang sementara. Tapi bila dah bergaduh, orang tak pikir, kaya ke miskin.
KRU memang boleh tahan jugak dalam mencipta lagu.
Wahhh! lagu kelakar! hehehehehe. duit boleh cari tapu hati baik tak boleh beli. saya ulang.. tidak boleh beli. hehehe
hahah amalia. tapi mak sudin dengan mak zaiton masa gaduh pon cakap pasal hargh-ter dah
eh mak sudin! aku pon ada lah! (tunjuk 2 jari) cincin tembaga!
KRU memang berbakat.
eh sriperwira, siapa cakap? hati lembu boleh apa?
hati ayam pun boleh
hati ayam memang sedap. tapi sedap lagi mempedal ayam.
Si KRU memang peka dgn hal2 masyarakat..sebab tu lirik mereka menggambarkan pemikiran majoriti drpd masyarakat. Dulu, mereka pernah mencipta lagu `Negatif', `Awas' dan banyak lagi yang memang mempunyai mesej mendalam.
haha. nak saya dedahkan kecenderungan awak pada lagu lagu rap pada suatu masa dahulu? (oops!) hahahhahha
siapa yang pernah jadi 'groupie' pada kumpulan 4U2C? wahahahhhaha
tak tahan aku!
wahhh! tak sangka amalia rappers! mempedal ayam goreng kegemaran saya. juga paru, hati dan sewaktu dengannya.
sriperwira .. kalau berbual dengan awak, memang asyik pasal makan saja! hahaha.
Eh jgn main2. Saya ada banyak gambar dgn 4U2C masa dolu2...ada autograf mereka lagi...terserempak mereka kat McDonald's Bras Basah... Jadi mereka makan sarapan dgn ehem (batuk kecil) saya dan adik saya heh heh ...
Pasal KRU, jgn cakap, lagu-lagu
mereka saya hafal. Tapi lepas kahwin, saya dah tak pernah beli album mereka lagi. Agaknya masa tu mereka dah kurang keluarkan album dan saya pulak dah sibuk melayan kekasih baru... ;)
Hehehe.. saya lupa nak cakap yang saya teramat suka dengan klip di atas. terutama bila perempaun tu lekat duit kat dahi dan lelaki tu terlompat2 mcm hantu cina
tu lah yang saya suka juga! betul betul kena pukau bila duit kena tampal depan mata.
hai tu lah betul betul namanya mata duitan!
amalia kesian KRU kehilangan kekasih (awak!). melepas diorang tu ye? :p
Post a Comment
<< Kembali ke Halaman