bahasa dalam blog

rangkaian peristiwa dalam catatan

Friday, July 14, 2006

Khidmat dengan Senyuman

Singapura akan menjadi tuan rumah kepada mesyuarat Bank Dunia dan Pertubuhan Kewangan Antarabangsa pada bulan September nanti. Bersempena dengan ini, setiap orang pasti tahu tentang kempen 'Empat Juta Senyuman' yang sedang berlangsung di sini sekarang. Tujuannya adalah untuk memberikan sambutan yang ceria kepada para tetamu dari seluruh pelusuk dunia nanti.

Pada masa yang sama, aku juga perasan bahawa gerakan bagi 'Melangkah Lebih Jauh untuk Perkhidmatan' (Go the Extra Mile for Service) kembali merancakkan promosi mereka melalui iklan di tv.

Kelmarin aku telah pergi makan tengahari di sebuah restoran. Setelah makan, kami tuju ke kaunter untuk membayar bil. Ya, kami tak minta bil dihantar kepada kami dari tempat duduk. Fikir kami, tentulah lebih cepat jika terus ke kaunter. Namun, bila tiba di kaunter, kami terpaksa menunggu lama. Nampaknya si cashier telah mengira bil dari para pelayan yang lain. Pastinya dari para pelanggan yang minta bilnya dihantar ke tempat duduk.

Dengan bersahaja, aku mengatakan pada kawanku, “Sepatutnya kita dilayan dulu, sebab kita langsung ke sini.”

Si cashier mungkin terdengar kata-kataku tadi dan dengan pantas memproses bil kami sambil berkata dengan kuatnya pesanan-pesanan kami sebelumnya dan menyatakan harga bayaran yang dikenakan. Ditambah pula dengan muka yang masam mencuka! Hai, begitu sekali marahnya, dik?

Memanglah aku hanya catitkan satu contoh saja di sini. Tapi tak payahlah aku ceritakan semua. Anda sendiri tentu pernah alami situasi yang serupa.

Nampaknya kempen-kempen yang aku nyatakan tadi belum lagi ditekankan kepada semua lapisan di dalam industri perkhidmatan. Aku rasa kalaulah kita hendak menampilkan sikap yang baik secara amnya dan dalam industri perkhidmatan khususnya, patutlah kita mula dengan para pelanggan di antara rakyat sendiri dulu.

Industri Perkhidmatan rasanya masih lagi bertatih dalam memberikan layanan yang baik kepada para pelanggan apa lagi untuk melangkah jauh!

3 Komen:

Pada 16 July, 2006 22:41, Blogger Nani kata...

Kalau pelanggan adalah pelawat asing, selalunya mereka mendapat layanan yang lebih baik.

Kalau pelanggan tempatan pun, saya perhatikan, ada pelayan tengok kulit juga.

Tapi, ada pelayan yang ok.

Industri perkhidmatan memang perlu membuat perubahan yang radikal untuk memperbaiki khidmat yang ada sekarang.

 
Pada 17 July, 2006 08:15, Blogger melayudilondon kata...

IU, selepas pelayan habis menyeranaikan pesanana kamu, tidakkah anda menyambung "Servis Charge $0?" hehehehehe

 
Pada 17 July, 2006 21:38, Blogger yuRa kata...

amalia - memang tak semua pelayan yang teruk. tapi setiap kali saya diberikan khidmat, saya pasti berkata "hmm.. tadi sepatutnya saya dilayan dengan lebih baik". benar, perubahan yang radikal perlu diambil.

sriperwira - malangnya di sini pengguna tiada kuasa untuk bertindak sedemikian untuk menunjukkan rasa tidak puashati. sekiranya di negara lain di mana tips merupakan periuk nasi mereka, pasti saya kasi tips $0 kerana diberi layanan begitu! haha.

tapi, besar kemungkinan, faktor itu lah yang menjadikan perkhidmatan di negara lain jauh lebih baik. faktor wang! kalau mereka tidak melayan dengan baik, tips kurang. jadi mereka berusaha untuk memberikan yang terbaik.

 

Post a Comment

<< Kembali ke Halaman