tak sedap hati
aku tak perlu letak post yang ceria saja kan? sebab ada kalanya aku ada rasa sedih dan kecewa juga. ya lah, aku ni manusia.
kau perasan tak macam mana sesuatu yang mulanya untuk kebaikan tu dengan mudah boleh jadi sesuatu yang sebaliknya. macam mana nak cakap eh? gini lah, kalau kau ada niat nak pegi menziarah misalnya. permulaan yang baik kan tu? tapi kerana komunikasi yang tak jelas, kau pun jadi marah-marah. kesudahannya macam mana? daripada perkara baik, jadi buruk pulak.
ada banyak lagi situasi yang lebih kurang sama, aku percaya.
jadi macam gini, pada aku mudah saja. kita balik pada asalnya. niat kita yang mula tu. kalau kita ingat pada niat baik kita, insyaAllah, perkara remeh senang nak diatasi.
maklumlah, kita kalau nak buat perkara baik ni memang syaitan siap nak serbu. cuba kalau buat perkara jahat, happy je memanjang kan? tak ingat dunia. bila masa taubat tu (itu pun kalau sempat), barulah nampak sangat buat perkara bodoh.
aku cakap je. cuba kalau aku pun terkena dengan komunikasi tak jelas. dibuatnya aku terkejar-kejar tapi tak jadi. hah! boleh naik hantu juga tu!
tulah, aku buat posting ni memang untuk mengingatkan diri aku sendiri pun...

6 Komen:
ooo marah tu memang senang serbu dah. macam api senang semarak. ingat 3M minah rock beb ~ mat, motor dan maintain balance. apa saja aku merepek?
kwang kwang .. rock maintain ah. tapi part ni aku tak rock agaknya. pasal aku patut rilek one corner. hehe
Apa hal? What telah happened? Cuba cerita sikit...
cerita? .. hmm .. lebih kurang macam tulah. yang tertera di atas. :p
eh minah, kao ingat tak main budak-budak R.O.C.K rock? kecik-kecik dah rock. wahahaha
oi minah rock! mestilah aku ingat ..
tapi aku ingat part pimpin tangan lepas tu sama-sama sebot "R... O... C... K... ROCK!!" tu je
lepas tu apa eh?
Post a Comment
<< Kembali ke Halaman