bahasa dalam blog

rangkaian peristiwa dalam catatan

Friday, December 22, 2006

mentera untuk shikin

yang ini untuk rakan aku nun jauh di london. faham-faham lah beliau tak pernah dengar lagu ini walaupun lagunya sudah pun berada di udara sejak paling kurang, 8 tahun yang lalu. :p

sayang tak ada video musik originalnya dia youtube. yang itu lagi power videonya! tak pe lah yang ini pun jadi. bak sepatah kata kawan aku "tak ada rotan, pelempang berguna juga!" ;)



hey kersani mengalirlah dikau
menjadi raksa mengisi belikat punggungku
agar aku bisa berdiri tegap dan segak
bagaikan laksmana melayu

hey sepuluh helai daun sirih
ku gentas bersama bunga cengkih
jadilah dikau
darah merah pekat mengisi
uratku agar bisa ku berlangkah
gagah dan tampan bagaikan oooh
si jantan yang berkokok

di mana bumi ku pijak
di situ langit ku junjung
alang-alang menyeluk pekasam
biar sampai ke pangkal lengan o oohh

aku seru mentera pusaka ku
mentera semerah padi
mentera semerah padi
mentera semerah padi

Monday, December 18, 2006

amboi! cantiknya bahasa!

alkisah, kakak admin tunggu penghantaran dari sebuah penghantar yang biasa diterima. memang setiap hari lah penghantaran ini berlaku, kecuali hari minggu saja kerana hari libur.

nak dijadikan cerita, kenderaan penghantaran ni rosak di jalanan.

kakak admin terima panggilan dari syarikat penghantaran.

syarikat penghantaran (sp) : kak, hari ni lewat sikit ya? kalau lepas pukul 6 boleh tak?

kakak admin (ka) : tak boleh, dik. kalau 5:30 boleh.

sp : ok.


hatta, pukul 5:40 barulah penghantaran tiba. kalau dah macam gitu, lebih baik tadinya si kakak admin cakap, pukul 6 petang boleh saja.

kakak admin (ka) : eh, dik! tadi kakak cakap dengan admin syarikat adik. mesti tiba di sini pukul 5:30.

adik penghantar (ap) : takda. tak cakap pun. *sambil tunduk - tak pandang muka pun*

ka : betul? diorang tak telefon? tadi si cik kak tu kata dia dah bagitau ketua awak tau!

ap : tak da. *masih tunduk*

part ni buat darah menyirap.

ap : kalau kakak suruh saya datang pukul 5:30 pun saya tak boleh. ni tengah kelam kabut nak ke tempat lain.

*pang* penampar hinggap kat muka ap. ka puas hati sambil berlalu teruskan kerja ...

eh .. silap baris yang di atas tu cuma khayalan kakak admin saja.



kesian. terima kasih.

Saturday, December 02, 2006

tak sedap hati

aku tak perlu letak post yang ceria saja kan? sebab ada kalanya aku ada rasa sedih dan kecewa juga. ya lah, aku ni manusia.

kau perasan tak macam mana sesuatu yang mulanya untuk kebaikan tu dengan mudah boleh jadi sesuatu yang sebaliknya. macam mana nak cakap eh? gini lah, kalau kau ada niat nak pegi menziarah misalnya. permulaan yang baik kan tu? tapi kerana komunikasi yang tak jelas, kau pun jadi marah-marah. kesudahannya macam mana? daripada perkara baik, jadi buruk pulak.

ada banyak lagi situasi yang lebih kurang sama, aku percaya.

jadi macam gini, pada aku mudah saja. kita balik pada asalnya. niat kita yang mula tu. kalau kita ingat pada niat baik kita, insyaAllah, perkara remeh senang nak diatasi.

maklumlah, kita kalau nak buat perkara baik ni memang syaitan siap nak serbu. cuba kalau buat perkara jahat, happy je memanjang kan? tak ingat dunia. bila masa taubat tu (itu pun kalau sempat), barulah nampak sangat buat perkara bodoh.

aku cakap je. cuba kalau aku pun terkena dengan komunikasi tak jelas. dibuatnya aku terkejar-kejar tapi tak jadi. hah! boleh naik hantu juga tu!

tulah, aku buat posting ni memang untuk mengingatkan diri aku sendiri pun...